Video Ekzema Anak Lady Fa Viral 4.3 Juta di TikTok!

Eczema

Pengalaman Saya Menguruskan Anak Ekzema dan Bagaimana Produk Amway Membantu

Hai semua, hari ini Lady Fa nak share pengalaman Lady Fa sendiri sebagai seorang ibu yang menguruskan anak ekzema. Kalau korang juga ada anak yang menghidap ekzema, mesti korang faham betapa mencabarnya nak uruskan kulit yang sensitif ni. Lady Fa harap, dengan perkongsian ni, korang akan dapat sedikit kekuatan dan tahu bahawa korang tak keseorangan dalam perjuangan ni.

Dan Alhamdulillah, dengan bantuan produk Amway yang organik ni, Lady Fa nampak perubahan positif pada anak Lady Fa. Dan kini, usia anak Lady Fa, Amir Safwan 2 tahun 6 bulan, Safwan dah pulih dari eczema. Haza min fadhli rabbi.

Dibawah ni video Lady Fa yang viral kat Tiktok tu

@farahalina_

Ikhtiarlah yang terbaik kerana kita tak tahu yang mana akan berhasil. Kisah eczema anak ketiga saya. Alhamdulillah sekarang makin baik, amalkan probiotik organik for kids #eczemafighter

♬ original sound – Farah Alina | Amway Leader – LADY FA

Kisah Bermula: Tanda-Tanda Ekzema

Semua bermula masa anak Lady Fa berusia 2 bulan. Lady Fa perasan kulit dia mudah jadi merah-merah, gatal, dan kadang-kadang sampai kering sangat selepas dia ambik vaksin 2 bulan.

Mula-mula Lady Fa fikir, “Mungkin ruam susu kot.” Tapi makin lama, Lady Fa nampak dia selalu garu sampai luka dan kulit dia jadi sangat sensitif.

Sebagai seorang ibu, tengok anak dalam keadaan macam tu memang menyakitkan hati. Dia pun kecil lagi masa tu, newborn lagi, huhuhu tak tahu nak cakap apa yang dia rasa.

Lady Fa hanya boleh tengok dia menangis, garu, dan tak selesa sepanjang masa. Hati ibu mana yang tak sedih bila anak sendiri dalam keadaan macam tu kan? Allah je yang tahu perasaan saya waktu ni…..

Cabaran Harian Menguruskan Anak Ekzema

Setiap hari, Lady Fa kena extra hati-hati dengan apa yang Lady Fa pakai kat kulit anak. Sabun mandi, losyen, pelembap – semua kena pilih yang hypoallergenic dan sesuai untuk kulit sensitif.

Kadang-kadang saya rasa macam setiap benda yang saya pakai kat kulit dia buat keadaan jadi lebih teruk. Pakaian pun kena pastikan guna yang lembut, tak ketat, dan diperbuat daripada material yang sesuai.

Waktu mandi jadi satu cabaran besar. Air tak boleh terlalu panas, tak boleh terlalu sejuk. Lepas mandi, saya kena cepat-cepat sapu pelembap kat seluruh badan dia sebab kalau biar lama sikit je, kulit dia mula kering balik dan jadi merah.

Dan waktu malam pula, paling mencabar buat kami anak beranak. Anak saya susah tidur sebab asyik gatal dan garu sepanjang masa. Kadang-kadang sampai bangun tengah malam menangis sebab gatal sangat. Saya pun jadi tak cukup tidur, sebab tiap malam kena berjaga tengok keadaan dia.

Ada anak ekzema memang betul-betul mencabar iman dan kesabaran. Saya ni selalu dok doa je moga Allah kuatkan saya.. kuatkan anak saya.. kuatkan kami sekeluarga.

Rasa Bersalah Sebagai Ibu

Sejujurnya, masa tu saya rasa sangat frust dan bersalah sebagai ibu. Saya cuba macam-macam produk, dari krim, sabun khas, sampai ke rawatan semula jadi. Tapi hasilnya, tak ada yang betul-betul membantu.

Setiap kali saya tengok anak saya dalam keadaan macam tu, saya rasa kecewa dan tak tahu nak buat apa lagi. Saya rasa macam saya tak cukup untuk lindungi dia.

Korang bayangkan, tengok anak sendiri menangis kesakitan sebab kulit dia gatal dan pedih, tapi tak boleh buat apa-apa untuk hentikan. Saya sedihhhhh sangat!! Saya berjanji dengan diri saya untuk bantu anak saya keluar dari masalah ekzema ni. Ibu janji nak. Ibu janji….

Kenal Nutrilite Kids 4in1 Vitamin

Alhamdulillah, dalam tengah sibuk mencari penyelesaian, ada kawan yang cadangkan saya cuba Nutrilite Kids 4in1 Vitamin. Pada mulanya, saya agak skeptikal. Ye lah, banyak dah saya cuba sebelum ni, tapi tak ada yang betul-betul membantu.

Tapi, saya fikir, tak salah cuba kan? Nutrilite ni memang terkenal dengan produk kesihatan yang berkualiti, dan saya tengok kandungan dia pun bagus – ada kombinasi vitamin A, C, D, E, zink, kalsium, dan juga Omega-3. Semua ni penting untuk menyokong sistem imun dan kesihatan kulit anak.

Baru pakai kotak pertama, saya dah nampak kesan yang sangat baik pada kulit anak saya. Probiotik ni memang bagus sebab dia bekalkab bakteria baik untuk mirobiom usus anak saya.

Saya makin gembira dan bersyukur. Saya teruskan lagi pengambilan probiotik tu dan saya tambah lagi produk2 harian yang dia pakai, yang natural. Saya kongsikan DISINI. Boleh baca di entri tu.

Akhirnya, anak saya makin sihat. Kulit makin cantik + bersih + mulus + gebu + cerah…… (saya nangiss ni)

Perubahan Positif

Kulit anak saya mula nampak lebih lembut, dan gatal-gatal dia berkurang. Dia dah tak asyik menggaru sepanjang masa, dan paling penting, dia mula tidur dengan lebih lena waktu malam. Ya Allah, saya happy sangat sangat!! Syukur, Alhamdulillah!

Saya percaya, kandungan Omega-3 dalam vitamin tu banyak membantu mengurangkan keradangan dalam badan anak saya, sebab Omega-3 ni memang terkenal dengan manfaat anti-radang.

Selain tu, vitamin A, C, dan E pula membantu memperbaiki dan menjaga kesihatan kulit. Saya juga nampak sistem imun anak saya makin kuat, dia dah jarang sakit, dan kulit dia tak lagi sensitif macam dulu.

Rasa lega tu tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Saya tak pernah sangka, dengan menambah suplemen seperti Nutrilite Kids 4in1 Vitamin dalam diet anak saya, boleh bantu memperbaiki keadaan kulit dia dengan begitu ketara.

Sebagai ibu, kita hanya mahu yang terbaik untuk anak kita, dan bila kita dapat lihat perubahan positif macam ni, rasa syukur tak terkata.

Nasihat Kepada Ibu Bapa di Luar Sana

Kalau korang juga tengah berjuang menguruskan anak ekzema, saya nak cakap jangan putus asa. Saya faham betapa stres dan frustnya nak cari penyelesaian yang berkesan, tapi percayalah, ada jalan untuk bantu anak kita.

Setiap anak berbeza, dan mungkin apa yang berkesan untuk anak saya tak semestinya sama untuk anak korang, tapi tak salah untuk cuba.

Nutrilite Kids 4in1 Vitamin bukanlah satu-satunya penyelesaian, tapi ia boleh jadi sokongan penting untuk kesihatan kulit dan sistem imun anak kita.

Dan yang paling penting, kesabaran adalah kunci. Eczema ni bukannya masalah yang boleh hilang dalam sehari dua, tapi dengan usaha yang berterusan dan pendekatan yang betul, kita boleh bantu anak kita rasa lebih selesa dan sihat.

eSpring

Selain itu, saya juga usaha dengan memberikan air mineral eSpring setiap hari kepada anak saya. Saya juga mandikan dia dengan eSpring. Memang bagus mesin air eSpring tu.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, anak saya semakin baik dan eczema dia makin terkawal. Saya sangat berterima kasih kepada Nutrilite Kids 4in1 Vitamin yang bantu dalam proses ni. Kalau korang ada anak yang menghidap eczema, mungkin korang boleh pertimbangkan untuk cuba vitamin ni sebagai salah satu ikhtiar. Baca lagi testimoni saya disini.

Saya doakan semua ibu bapa di luar sana kuat dalam menguruskan anak-anak yang ada masalah kulit. Ingat, kita semua dalam perjalanan yang sama, dan kita buat yang terbaik untuk anak-anak kita.

Kalau ada apa-apa, hubungilah saya.

Leave a Reply