Hai semua! Hari ni saya nak kongsi satu cerita yang saya rasa sangat menarik, terutamanya bagi korang yang selalu struggle dengan berat badan dan lemak visceral. Ni cerita tentang sahabat saya, Lady Hikmah, yang dulu tak pernah sangka set gutpro yang dia ambil semata-mata untuk kekal bertenaga masa puasa boleh bantu dia turunkan berat badan dan lemak jahat sekali! Produk berpuasa bantu kurus.
Kalau korang selalu rasa buntu sebab berat badan susah nak turun walaupun dah cuba pelbagai cara, kisah Lady Hikmah ni mungkin boleh bagi inspirasi.
Mula-Mula Cuba Soy Protein Nutrilite
Semua bermula masa bulan puasa tahun lepas. Lady Hikmah masa tu sibuk nak cari cara untuk kekal bertenaga sepanjang berpuasa, sebab kita semua tahu lah, bila puasa ni, cepat je rasa penat, kan? Masa tu dia pun cubalah satu produk ni namanya Soy Protein Nutrilite Green Tea.
Mula-mula, Lady Hikmah ada perasaan was-was dan risau. Hehe. Sebab sebelum ni, dia pernah try soy protein jenama lain, tapi tak sesuai dengan badan dia. Tapi sebab Nutrilite ni ada money back guarantee, dia berani la nak cuba. Lagipun, kalau tak sesuai, boleh pulangkan duit balik. So, masa tu dia try campur sekali dengan Hazelnut Latte Vergold – dan guess what? Sedap gila! 😍 Dia pun surprise sebab soy protein Nutrilite ni serasi dengan badan dia.
Kekal Bertenaga Sepanjang Berpuasa
Masa tu, Lady Hikmah memang fikir nak kekal bertenaga je sepanjang hari berpuasa. Setiap kali ambil Soy Protein Green Tea ni masa sahur, dia rasa lebih cergas dan tak cepat penat. Bestnya lagi, perut pun tak cepat masuk angin, dan rasa lebih selesa.
Husband dia pun pelik. Mula-mula, husband tak nak sahur dengan Soy Protein tu, katanya tak cukup nanti lapar. Tapi lepas tengok Lady Hikmah steady je, cergas dan tak penat, dia pun nak try jugak! Hahaha, akhirnya teracun jugak en.husband. 😁
Bila Sedar Pentingnya Jaga Kesihatan Dalaman
Cerita ni tak berhenti kat situ je. Baru-baru ni, Lady Hikmah buat body composition analysis, dan dia sangat terkejut dengan result! Walaupun BMI dia normal, tapi body fat dan visceral fat dia agak tinggi. Masa ni baru dia sedar yang kesihatan dalaman lagi penting, bukan setakat tengok berat badan kat luar je.

Visceral fat ni bahaya tau. Dia lemak yang duduk kat organ dalaman kita, dan kalau dibiarkan, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Banyak faktor yang boleh menyebabkan visceral fat ni, antaranya makan tak jaga, stress, dan kurang bersenam. Sebab tu, sangat penting untuk kita jaga kesihatan usus, sebab ia berkait rapat dengan kesihatan keseluruhan badan.
Set GutPro Jadi Pilihan
Lepas sedar yang visceral fat ni perlu dikawal, Lady Hikmah dengar daripada kawan-kawan dalam group komuniti dia tentang Set GutPro. Ramai yang berjaya turunkan berat badan dan kurangkan visceral fat dengan set ni, yang menggabungkan probiotik, fiber, dan soy protein Nutrilite. Produk berpuasa bantu kurus.

Lepas dengar pengalaman kawan-kawan dia yang positif, Lady Hikmah pun rasa nak cuba. Lagipun, dia dah pernah rasa kesan yang baik dengan Soy Protein Nutrilite masa puasa, jadi kali ni dia nak target kurangkan visceral fat pulak.
Suplemen Sebagai Booster, Gaya Hidup Sihat Adalah Kunci
Suplemen ni sebenarnya hanyalah booster untuk bantu kita kekal sihat. Sebab gaya hidup dan pemakanan kita harian yang tak sihat tu yang sebenarnya punca utama banyak masalah kesihatan. So, walaupun kita ambil suplemen, kita tetap kena ubah gaya pemakanan dan gaya hidup kita ke arah yang lebih sihat.
Lady Hikmah sendiri kata, nak turunkan visceral fat ni, selain daripada ambil suplemen, mesti kena bersenam jugak. Paling tidak, buat briskwalk 30-40 minit sehari. Bukan jalan-jalan santai, ye! Kena betul-betul briskwalk. Kawal juga pemakanan, jaga stress, dan pastikan kualiti tidur cukup.

Pentingnya Buat Saringan Kesihatan
Satu lagi yang Lady Hikmah nak tekankan, pastikan buat saringan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali. Ini penting supaya kita tahu tahap kesihatan badan kita dan boleh ambil tindakan awal kalau ada apa-apa yang tak kena.
Dan kalau boleh, join la group komuniti sihat macam Lady Hikmah buat. Dalam group macam ni, korang boleh dapat motivasi, sokongan, dan tips untuk kekal sihat. Kadang-kadang, kita ni cepat give up bila buat sorang-sorang. Tapi bila ada group support, kita jadi lebih bersemangat!
Jaga Kesihatan Untuk Diri dan Keluarga
Akhir sekali, Lady Hikmah harap kisah dan pengalaman dia ni dapat bantu kita semua sedar betapa pentingnya jaga kesihatan diri. Bukan untuk diri kita je, tapi juga untuk keluarga kita. Sebab, kalau bukan kita yang jaga kesihatan diri, siapa lagi kan?
Jadi, kalau korang ada masalah macam ni – berat badan susah nak turun, visceral fat tinggi, atau nak kekal bertenaga sepanjang hari – jangan segan-segan untuk tanya Lady Hikmah. Lady Hikmah sedia untuk bantu korang dengan konsultasi dan cadangan produk yang sesuai. Boleh KLIK SINI untuk whatsApp Lady Hikmah.
Jom sama-sama ubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat! 💪
Terima kasih sebab sudi baca perkongsian ni, semoga bermanfaat! 😊