Set Sihatkan Usus – Gut Reset Edition Yang Wajib Semua Orang Cuba
“eh jemput2 tambah lagi jangan segan2, sila2 tambah lagi makan semuanya! Soto ada, laksa pun ada blkg tu, kambing golek belah sna,nanti sebelum balik jgn lupa pekena cendol”
USUS ADALAH OTAK KEDUA KITA
KENAPA KITA PERLU SET SIHATKAN USUS?
“Perut itu rumah penyakit.”
- obesiti
- darah tinggi
- kolesterol
- diabetes
- eczema
- -psoriasis
- semua penyakit berkaitan kulit
- semua penyakit berkaitan metabolik
Menjaga kesihatan usus = menjaga mindset untuk makan dengan lebih baik.
Makanlah apa yang badan kita perlukan. Bukan makan semua benda yang kita mengidam tiap masa.
Lepas gut reset memang akan nampak perubahan. Perubahan datang dengan sendirinya. Tak dibuat-buat la senang cerita.
Kalau lepas menjamu satu hidangan sepinggan lengkap tapi masih nak kudap benda lain lepas tu; masih teringat air boba; masih nak cari coklat dalam peti, itu tandanya usus masih tak berada dalam keadaan yang sihat.
Usus yang sihat dia akan bagi signal ‘kecukupan’ pada badan manusia. Dia tahu bila nak berhenti loading more foods.
Sebab tu orang yang boleh makan berpada-pada tu, dia bukanlah ada mindset nak diet sangat semata-mata. Tapi sebab dia dah kenyang. Badan dah bagi signal ’cukup’ tu.
Dulu kan Aleeyn boleh balun macam-macam dalam satu masa, contoh kalau pergi buffet tu kalau boleh semua nak try. Tapi sekarang dengar perkataan ‘buffet’ tu dah rasa macam tak berbaloi. Sebab tahu tak boleh sumbat makanan banyak dah. Lagilah bila bulan puasa ni.
Tau tak apa punca susah nak berhenti makan dan gagal untuk gut reset? Boleh tengok gambar dekat bawah ni. Elak yang itu. Bersihkan usus kita daripada benda merapu okie. Stick to real food.