Kisah Benar Reethah
Daripada Saiz L ke Saiz S
Perjalanan Saya Turunkan Berat Badan dan Naikkan Keyakinan Diri
Kehidupan ni memang tak pernah berhenti, kan? Sibuk dengan kerja, urusan rumah, dan jaga anak-anak. Kadang-kadang kita tak sedar macam mana rutin harian kita boleh beri kesan besar pada tubuh badan. Saya pun tak terkecuali. Tidur tak pernah cukup, makan pun ikut nasib, asal ada masa je baru makan. Lepas tu, stress lagi. Fuhh… tak lama kemudian, sedar-sedar berat badan naik dari 48kg ke 50kg, dan akhirnya cecah 62kg!! Erkkk. Set Kurus Reset Usus
Benda ni tak berlaku dalam sehari. Tapi, bila kita lalai dengan gaya hidup yang tak sihat, berat memang akan naik tanpa kita perasan.
“U pregnant lagi ke?”
Bila ada orang tanya soalan tu, saya rasa down sangat. Aduh, dah lah kita ni memang tengah struggle dengan diri sendiri, lepas tu orang tanya macam tu pula. Itu memang buatkan saya stress gila.
Setiap hari, nak naik tangga pun dah mula tercungap-cungap. Nak turun dari kereta satu hal lagi. Selalu rasa tak larat. Macam badan ni tak boleh nak bawa beban berat yang makin bertambah ni. Stress!

Shopping pun Dah Tak Best
Dulu, kalau pergi shopping, mesti seronok bila dapat beli baju baru. Tapi sekarang? Stress je bila pergi shopping, sebab semua baju tersangkut kat bahagian perut. Mana taknya, perut dah makin ke depan. Rasa tension sangat bila tak boleh pakai baju yang kita suka. Nyampahhhhh..
Lepas tu, satu lagi masalah besar—blood pressure pun mula naik ikut suka hati. Mula-mula ingatkan biasa je, tapi bila dah selalu rasa pening, rasa semput, saya mula fikir, “Apa aku nak buat ni? Takkan nak biarkan je?”
Asyik Tak Ada Masa untuk Bersenam
Setiap kali ada orang ajak bersenam, jawapan saya mesti sama—“Tak ada masa lah.” Macam-macam alasan saya bagi. Sibuklah, penatlah, tak sempatlah. Padahal dalam hati tahu, memang saya kena buat sesuatu untuk ubah keadaan ni.
Saya mula fikir panjang. Sampai satu tahap, saya kena buat keputusan… kalau saya tak ubah cara hidup sekarang, sampai bila pun saya akan terus rasa teruk macam ni.
4 Amalan Sihat yang Saya Amalkan
Selepas fikir masak-masak, saya buat keputusan untuk mula ikut 4 Amalan Sihat. Ini bukanlah benda yang rumit, tapi ia memerlukan disiplin yang kuat. Kalau tak disiplin, memang tak ke mana lah usaha saya ni.
- Senaman
Saya mula dengan senaman ringan, lepas tu tambah intensity sikit demi sikit. Bersenam ni bukan je untuk kurus, tapi untuk rasa lebih sihat dan cergas. Bila kita mula bersenam, kita akan rasa perubahan positif pada tenaga dan stamina. Paling senang kan, anda mulakan dengan briswalk dulu. - Diet & Supplement
Saya juga mula jaga pemakanan. Bukanlah berdiet sampai tak makan, tapi makan dengan lebih sihat. Kurangkan makanan berminyak, manis, dan makanan segera. Saya juga mula ambil supplement Nutrilite untuk pastikan badan saya dapat nutrisi yang cukup. Supplement ni bantu saya untuk lebih bertenaga dan tak cepat rasa letih. - Pengurusan Stress
Stress memang salah satu punca besar yang buat berat badan naik. Jadi, saya mula cari cara untuk urus stress dengan lebih baik. Saya mula luangkan masa untuk diri sendiri, buat aktiviti yang saya suka macam baca buku atau tengok movie. Yang penting, jangan biarkan stress mengawal hidup kita. - Rehat yang Cukup
Tidur yang cukup sangat penting untuk proses pemulihan badan. Dulu, saya sering tidur lewat, kadang-kadang hanya dapat 4-5 jam tidur semalam. Tapi sekarang, saya pastikan dapat tidur yang berkualiti sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam.
Suplemen Yang Saya Ambil
Saya mula dengan RESET USUS dulu. Vitamin yang saya ambil ialah Probiotik, Fiber, Protein, CB Plus dan Green Tea.

Probiotik ni bantu untuk balancekan balik mikrobiom usus. Dia bekalkan 6.3 billion bakteria baik untuk kesihatan usus saya. Bila usus sihat, baru kesihatan kita jadi makin baik. Jadi nak kurus pun mudah bila usus dah di reset.

Mixed Fiber Powder ni pula ialah prebiotik, makanan untuk probiotik tadi. Dia ada campuran pelbagai jenis serat yang sangat penting untuk kesihatan usus. Serat nya berasal daripada sumber semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, yang membekalkan serat larut dan tak larut. Kedua-dua jenis serat ni memainkan peranan penting dalam proses pencernaan.
Serat Tak Larut: Serat ini membantu menggerakkan makanan melalui sistem pencernaan dengan lebih lancar, mencegah sembelit dan mengurangkan risiko penyakit seperti buasir.
Serat Larut: Membantu menstabilkan gula dalam darah dan menurunkan kolesterol dengan mengikat kolesterol dalam usus dan mengeluarkannya melalui najis.

Soy protein adalah salah satu sumber protein yang mengandungi kesemua sembilan asid amino penting yang diperlukan oleh badan kita. Dalam konteks kesihatan usus, asid amino ini membantu membaiki tisu usus yang mungkin rosak akibat daripada keradangan atau masalah pencernaan. Tisu usus yang sihat akan memudahkan penyerapan nutrien dan memperbaiki keseluruhan fungsi sistem pencernaan.

Nutrilite CB Plus ni telah terbukti mampu memberikan kesan positif dalam proses kurus. Ia menggunakan bahan semula jadi dan dirumus khas untuk menyokong usaha saya nak kurus. Antara kelebihan CB Plus ni, ia kurangkan penyerapan karbo dalam badan. Maksudnya, sebahagian karbohidrat yang saya makan tidak akan diserap oleh badan, dan sebaliknya akan disingkirkan secara semula jadi. Kurang carb , mudah lagi nak kurus.
Selain tu, CB Plus ni pun bantu saya untuk kawal selera makan dan kurangkan lemak badan terutama di kawasan yang sukar contohnya perut, pinggang dan paha.

Green T Plus ni kecik kecik cili api! Nutrilite Green Tea Plus membantu meningkatkan kadar metabolisme, bermakna badan saya akan membakar lebih banyak kalori walaupun semasa saya sedang berehat. Dengan metabolisme yang lebih pantas, proses penurunan berat badan menjadi lebih cepat dan berkesan. Yang ni memang power! Set kurus
Perubahan Kecil, Hasil Besar
Perlahan-lahan, saya mula nampak hasilnya. Berat badan saya mula turun, body fat berkurang 5%. Mula-mula rasa macam tak percaya, tapi bila baju lama dah mula muat balik, memang rasa seronok. Set Kurus Reset Usus
Yang paling best, kawan-kawan yang lama tak jumpa pun mula tegur, “Eh, nampak slim lah sekarang!” Bila dengar macam tu, hati saya rasa berbunga-bunga. Hehe!
Rasa happy gila, dan yang paling penting, keyakinan diri saya naik mendadak. Rasa lebih yakin bila berhadapan dengan orang, dan saya mula rasa lebih sihat, bertenaga.
Anda Pun Boleh!
Kalau anda rasa stuck dengan berat badan sekarang, percayalah, anda boleh buat perubahan. Tak perlu tunggu lagi, mulakan langkah kecil dan berdisiplin. Ingat, perubahan tak berlaku dalam sehari, tapi setiap langkah kecil tu sangat bermakna. Yang penting, jangan give up dan teruskan usaha. Nak tengok testimoni kawan-kawan saya yang lain, boleh klik entry ni TESTIMONI RESET USUS
Saya harap perkongsian ni dapat beri inspirasi pada anda yang tengah struggle dengan berat badan. Ingat, anda kuat, dan anda mampu buat lebih dari apa yang anda sangka. 💪
Semoga berjaya, dan selamat mencuba!
Untuk dapatkan vitamin Set Kurus Reset Usus ni, boleh hubungi Lady Fa.