Hai semua! Entry kali ni entry ‘Cara Merawat Eczema Anak’ adalah kisah pengalaman saya sendiri yang sangat bermakna. Yang telah mengubah kehidupan saya sekeluarga.
Saya nak kongsikan pengalaman peribadi saya dengan Set Eczema Amway yang saya gunakan untuk sembuhkan anak saya daripada masalah eczema yang dia alami.
Anak saya lahir nya sempurna, comel sangat. Namun pada usianya 3 bulan, muka dia mula naik macam ruam. Saya ingatkan ruam susu. Tapi semakin lama, semakin teruk. Bukan sahaja di muka, tapi naik satu badan.
Sebagai seorang ibu, bila tengok anak menderita gatal-gatal, kulit merah-merah, dan sampai luka dan berdarah sebab asyik menggaru, hati ni rasa sangat tak keruan.
Saya dah cuba macam-macam produk daripada farmasi tapi tak banyak yang betul-betul membantu. Saya banyak bertanya pada kawan-kawan yang ada pengalaman anak eczema juga, sedikit sebanyak membantu saya tentang ilmu eczema.
Cara Merawat Eczema Anak
Malah saya juga belajar sendiri tentang eczema. Makin saya belajar, akhirnya saya faham, eczema anak ni berlaku sebab masalah usus bocor. Flora mikrobiom usus tak seimbang, bakteria jahat lebih banyak daripada bakteria baik.
Saya mula mencari probiotik yang organik, natural dan selamat utuk saya berikan pada anak. Saya juga mengkaji dan mencari produk-produk luaran untuk anak yang natural dan jauh daripada bahan-bahan yang tak pass eczema.
Sehinggalah saya diperkenalkan dengan produk-produk Amway yang membantu menjaga kulit anak saya secara semula jadi. Jom saya cerita satu-satu tentang produk dalam set ni dan bagaimana ia membantu.
1. SA8™ Premium Concentrated Laundry Detergent
Sabun basuh baju mungkin nampak remeh, tapi sebenarnya ia salah satu punca eczema makin teruk kalau tak pilih dengan betul. SA8™ Premium Concentrated Laundry Detergent dari Amway ni memang sesuai untuk pakaian anak yang ada kulit sensitif.
Sebab apa? Sebab sabun ni bebas daripada bahan kimia yang kasar macam fosfat, klorin, dan pewangi sintetik yang boleh buat kulit sensitif jadi lebih teruk.
Antara bahan utama yang bagus dalam SA8 ni ialah enzim bioaktif yang bantu untuk pecahkan kotoran dan sisa protein dengan efektif tanpa perlu guna bahan kimia keras. Ini penting sebab baju yang bersih tanpa sisa sabun atau bahan perengsa boleh kurangkan risiko flare-up pada kulit anak. Kulit anak saya memang lebih baik sejak tukar ke SA8 sebab takde bahan yang merengsakan kulit dia.
Ingat ya, bukan sahaja baju anak yang dibasuh dengan sabun natural ni, tapi sebaiknya pakaian seluruh ahli keluarga juga. Ibu, ayah dan adik beradik yang lain. Sesiapa yang mendukung dan memeluk anak eczema, pakaian yang dipakai haruslah bebas daripada sebarang bahan kimia. Kalau tidak, ia akan trigger eczema anak juga.
Bunyi remeh kan? Tapi itulah perkara yang perlu dipertimbangkan, hatta sekecil kecil isu pun.
Apa kelebihan sabun basuh baju ni?
Sabun ini ada rumusan terbiodegradasikan serta diuji oleh pakar dermatologi dan dari segi alahan yang tak mengandungi sisa berbahaya yang merengsa kulit.
Selain tu, sabun ni juga ada perencat kakisan yang melindungi bahagian logam pada pakaian dan perkakas, menjadikannya sabun cucian yang lembut tetapi berkuasa dan berkesan.
Label “Safer Choice” dekat kotak sabun ini menunjukkan bahawa rumusan produk ini telah dikemukakan kepada Agensi Perlindungan Alam Sekitar A.S. (EPA) dan ia mengandungi bahan yang tidak menjejaskan kesihatan manusia dan alam sekitar berbanding dengan produk konvensional jenis yang sama.
Bila anda check dekat kotak sabun ni, anda akan nampak logo diatas ni. Rumusan BIOQUEST yang unik ini terdiri daripada bahan yang sangat aktif, berasaskan bio daripada sumber semula jadi seperti kelapa, buah sitrus dan mineral. Semua produk Rumusan BIOQUEST memberikan prestasi pembersihan yang berkuasa dan pekat, terbiodegradasikan dan diuji secara dermatologi.
Memang terbaik sabun ni! Safer choice! Sebab tu saya pilih sabun ni untuk saya sekeluarga. Panjang pula sharing saya tentang sabun ni saje. Hehehe!
2. G&H Baby Lotion
Bila bercakap tentang eczema, melembapkan kulit adalah kunci utama untuk memastikan kulit tak jadi kering dan merekah. Lepas mandi, saya sapukan G&H Baby Lotion pada seluruh badan anak saya. Lotion ni sangat sesuai sebab ia bebas dari pewangi kuat dan bahan kimia keras yang biasanya ada dalam losyen biasa.
Bukan itu sahaja, lotion ni juga tanpa haruman wangi yang tengik, tanpa minyak mineral, tanpa surfaktan sulfat, tanpa pewarna tiruan, tanpa ftalat dan tanpa paraben. Paling buat saya amaze, dia berdaftar degan The Vegan Society tau. Trusted sangat lah!
Lotion ini sangat sesuai untuk kegunaan harian, malahan telah diuji oleh pakar dermatologi dan menjalani ujian alergi – sangat selamat untuk anak comel kita.
Dalam G&H Baby Lotion ni, ada bahan semula jadi seperti minyak badam manis yang sangat membantu dalam melembapkan kulit secara mendalam tanpa rasa berminyak. Selain tu, ada juga aloe vera yang terkenal dengan sifatnya yang menenangkan dan mengurangkan radang kulit. Shea butter pula bantu membaiki lapisan pelindung kulit, menjadikan kulit lebih kuat dan kurang terdedah kepada iritasi. Sejak guna lotion ni, kulit anak saya lebih lembut dan tak kering macam sebelum ni.
Kita selalu tengok kat botol lotion tu ada tulis “Double Barrier Protection” kan? Anda nak tahu tak, lotion ni ada “Triple Barrier Protection” tau. Tengok penjelasan dalam gambar dibawah :
3. G&H Baby Body Wash
Mandian & Syampu G&H Baby ada formulasi lembutnya, terutamanya untuk bayi yang ada kulit sensitif atau masalah eczema. Ia dirumus khas tanpa bahan kimia yang kasar, dan kandungan bahan-bahan semula jadinya yang sangat sesuai untuk menjaga kelembutan kulit bayi. Kat entri ‘cara merawat eczema anak’ ni saya terangkan bahan-bahan dalam mandian ni yang buatkan ia bagus untuk kulit anak eczema.
3.1 Aloe Vera
Aloe vera memang terkenal sebagai salah satu bahan semula jadi terbaik untuk menenangkan kulit yang sensitif dan merengsa. Dalam G&H Baby Body Wash & Shampoo, aloe vera bertindak sebagai agen penenang kulit. Ini penting bagi anak eczema, sebab kulit mereka sering meradang dan gatal. Aloe vera ni akan bantu mengurangkan radang, kemerahan, dan rasa gatal, serta mempercepatkan penyembuhan luka atau kesan garu pada kulit.
Aloe vera juga berfungsi sebagai pelembap semula jadi, yang membantu mengekalkan kelembapan kulit tanpa menyebabkan liang-liang tersumbat, satu masalah yang sering dialami oleh produk sabun yang lebih keras.
3.2 Minyak Badam (Sweet Almond Oil)
Minyak badam manis adalah satu lagi bahan utama yang terdapat dalam mandian G&H Baby. Minyak badam kaya dengan vitamin E dan asid lemak yang sangat bagus untuk melembapkan kulit secara mendalam. Kulit yang mengalami eczema biasanya kehilangan kelembapan dengan cepat, jadi minyak badam ini membantu mengekalkan kelembapan pada kulit bayi dan mengelakkan kulit daripada menjadi terlalu kering dan merekah.
Selain itu, minyak badam juga mempunyai sifat anti-radang, yang membantu mengurangkan iritasi dan kemerahan yang sering terjadi pada kulit eczema. Ia juga lembut dan tak menyebabkan reaksi alergi, menjadikannya pilihan ideal untuk bayi dengan kulit sensitif.
3.3 Ekstrak Biji Anggur (Grape Seed Extract)
Ekstrak biji anggur adalah satu lagi bahan semula jadi yang ada dalam produk ni. Biji anggur kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran. Untuk kulit bayi yang halus dan sensitif, perlindungan ini penting untuk memastikan kulit mereka kekal sihat.
Antioksidan dari ekstrak biji anggur juga membantu dalam membaiki sel kulit yang rosak, mempercepatkan proses penyembuhan bagi kulit yang terjejas oleh eczema. Sifatnya yang melembapkan juga membantu memastikan kulit bayi kekal lembut dan terhidrat.
3.4 pH Seimbang
Mandian G&H Baby juga diformulasi dengan pH yang seimbang untuk kulit bayi. Ini sangat penting kerana kulit anak eczema biasanya lebih sensitif terhadap produk yang pH-nya tidak sesuai. Sabun dengan pH yang terlalu tinggi atau rendah boleh menyebabkan kulit makin kering dan merengsa. Dengan pH yang seimbang, mandian ni memastikan kulit bayi kekal lembut, tak kering, dan tak mudah teriritasi selepas mandi.
3.5 Bebas Sulfat dan Paraben
Yang paling penting, G&H Baby Body Wash & Shampoo bebas daripada sulfat dan paraben. Sulfat (contohnya SLS – Sodium Lauryl Sulfate) biasanya ada dalam sabun biasa untuk menghasilkan buih, tapi ia boleh mengeringkan kulit dan menyebabkan iritasi, terutamanya pada kulit eczema. Mandian ni tak gunakan sulfat, jadi ia tak akan merosakkan lapisan minyak semula jadi pada kulit bayi.
Paraben pula adalah bahan pengawet yang biasa ada dalam produk penjagaan kulit. Walaupun fungsinya adalah untuk memanjangkan jangka hayat produk, paraben boleh mencetuskan alergi atau masalah kulit, terutamanya untuk kanak-kanak yang kulitnya sensitif. Sebab tu G&H Baby ni memang selamat untuk bayi dan tak menyebabkan reaksi alergi pada kulit.
The best choice!
Gabungan bahan-bahan semula jadi seperti aloe vera, minyak badam manis, dan ekstrak biji anggur, serta ketiadaan bahan kimia kasar seperti sulfat dan paraben, menjadikan G&H Baby Body Wash & Shampoo pilihan terbaik untuk kulit bayi yang ada eczema. Ia melembapkan, menenangkan, dan melindungi kulit bayi daripada iritasi sambil memastikan kulit kekal lembut dan terhidrat.
Dengan menggunakan mandian ini, saya perasan kulit anak saya kurang gatal, kurang kemerahan, dan nampak lebih sihat. Mandi bukan lagi satu aktiviti yang buat saya risau tentang flare-up eczema sebab saya tahu sabun ni cukup lembut dan selamat untuk digunakan setiap hari.
4. Nutrilite™ Kids 4-in-1 Vitamin
Anak kita yang ada eczema ni memang kena consume probiotik untuk seimbangkan flora mikrobiom usus dia. Saya cari probiotik yang organik untuk anak, sebab kalau bab vitamin ni saya sangat take serious. Saya takkan izinkan vitamin yang tak organik, yang ada pengawet, yang ada bahan pewarna dan hidden sugar masuk dalam badan anak saya.
Nutrilite™ Kids 4-in-1 Vitamin memang pilihan yang sangat baik untuk menyokong kesihatan anak eczema. Eczema bukan sahaja masalah kulit, tetapi ia juga berkaitan dengan sistem imun dan keradangan dalam badan. Jadi, memberikan nutrisi yang betul kepada anak-anak boleh membantu mempercepatkan penyembuhan dari dalam. Probiotik dalamm vitamin ni bagus untuk usus anak eczema.
Ada banyak lagi kandungan baik tau, jom saya terangkan apa yang membuatkan vitamin ni bagus untuk anak eczema:
4.1. Omega-3 (DHA & EPA)
Omega-3 adalah asid lemak penting yang terdapat dalam Nutrilite™ Kids 4-in-1 Vitamin. DHA (docosahexaenoic acid) dan EPA (eicosapentaenoic acid) yang ada dalam Omega-3 ni sangat berkesan dalam mengurangkan keradangan dalam badan. Untuk kanak-kanak yang ada eczema, keradangan adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan kulit menjadi merah, gatal, dan merengsa. Omega-3 membantu mengawal tindak balas keradangan ini, yang boleh mengurangkan flare-up dan kegatalan.
Kajian juga menunjukkan bahawa Omega-3 boleh membantu menguatkan penghalang kulit (skin barrier), yang sangat penting untuk kulit eczema yang biasanya lemah dan mudah kehilangan kelembapan. Dengan Omega-3, kulit anak menjadi lebih terhidrat dan kurang kering.
4.2. Vitamin C
Vitamin C dalam Nutrilite™ Kids 4-in-1 Vitamin berfungsi sebagai antioksidan yang kuat. Ia membantu melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan pencemaran, yang boleh memburukkan lagi eczema. Selain itu, vitamin C juga penting untuk sintesis kolagen, iaitu protein yang membantu dalam memperbaiki dan mengekalkan keanjalan kulit.
Untuk anak eczema, kulit mereka sering cedera atau mengalami luka kecil akibat menggaru. Vitamin C mempercepatkan proses penyembuhan tisu kulit dan membantu mencegah jangkitan dengan menguatkan sistem imun. Ini penting supaya kulit anak dapat sembuh dengan lebih cepat dan lebih baik.
4.3. Vitamin D
Vitamin D penting untuk kesihatan kulit, ia membantu mengekalkan kelembapan semula jadi kulit. Kekurangan vitamin D sering dikaitkan dengan peningkatan risiko mengalami eczema atau membuatkan simptomnya jadi lebih teruk. Dengan Nutrilite™ Kids 4-in-1 Vitamin, anak dapat bekalan vitamin D yang cukup untuk mengurangkan risiko flare-up.
4.4. Vitamin E
Vitamin E ni antioksidan yang penting untuk kesihatan kulit, dan sangat berguna untuk anak eczema. Ia membantu melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, sama seperti vitamin C. Namun, yang paling penting, vitamin E bantu dalam melembapkan kulit dan mengekalkan kelembapan dalam lapisan kulit.
Bagi anak eczema, kulit mereka biasanya kering dan sensitif. Vitamin E bertindak sebagai pelindung kulit, mengurangkan kekeringan dan membantu memperbaiki lapisan kulit yang rosak. Kulit yang terhidrasi dengan baik lebih mudah untuk sembuh dan kurang terdedah kepada keradangan.
Saya bersyukur dipertemukan dengan vitamin ni!
Secara keseluruhannya, Nutrilite™ Kids 4-in-1 Vitamin bukan sekadar vitamin biasa. Gabungan Omega-3, vitamin C, D, dan E bekerja secara sinergi untuk menyokong kesihatan kulit dari dalam. Omega-3 membantu mengawal keradangan, vitamin C mempercepatkan penyembuhan kulit, vitamin D menguatkan sistem imun, dan vitamin E mengekalkan kelembapan kulit.
Dengan memberi anak suplemen ini secara konsisten, anda boleh membantu mengurangkan flare-up eczema dan memperbaiki kesihatan kulit mereka. Selain itu, anak-anak juga akan dapat faedah kesihatan keseluruhan yang lebih baik kerana vitamin dan mineral ini bukan sahaja bagus untuk kulit, tapi juga untuk sistem imun, perkembangan otak, dan kesejahteraan umum mereka.
5. eSpring™ Water Treatment System
Last but not least, saya nak cerita tentang betapa pentingnya air bersih untuk anak eczema. Walaupun kita rasa air paip kita selamat, tapi sebenarnya ia masih mengandungi bahan kimia seperti klorin yang boleh buat kulit sensitif makin teruk. Sebab tu saya pasang eSpring™ Water Treatment System kat rumah.
eSpring sangat bermanfaat untuk anak eczema kerana ia membantu menyediakan air yang bersih dan selamat untuk kegunaan harian, termasuk mandi dan minum. Kualiti air sangat penting bagi anak-anak yang ada kulit sensitif, kerana air yang tercemar atau mengandungi bahan kimia tertentu boleh memburukkan lagi simptom eczema. eSpring ni dapat :
5.1. Menapis Bahan Kimia Berbahaya (Klorin)
Salah satu sebab utama eSpring sangat sesuai untuk anak eczema adalah kerana ia menapis klorin dari air. Klorin sering ditambah dalam air paip untuk membunuh bakteria dan mikroorganisma berbahaya, tetapi ia juga boleh memberi kesan negatif kepada kulit sensitif. Kulit yang ada eczema biasanya lebih mudah merengsa jika terdedah kepada bahan kimia seperti klorin, yang boleh menyebabkan kulit kering, gatal, dan makin radang.
Dengan eSpring, klorin dan bahan kimia lain ditapis sepenuhnya, menjadikan air lebih bersih dan lembut pada kulit anak. Mandi dengan air yang bebas klorin dapat membantu mengurangkan iritasi kulit dan mencegah flare-up eczema.
5.2. Menapis Logam Berat
Selain klorin, eSpring juga menapis logam berat seperti plumbum, merkuri, dan arsenik yang mungkin terdapat dalam air paip. Logam berat ini bukan sahaja berbahaya untuk kesihatan keseluruhan, tetapi juga boleh memperburukkan eczema jika kulit terdedah kepada air yang mengandungi bahan-bahan ini. Dengan menggunakan air yang ditapis oleh eSpring, anda boleh mengelakkan pendedahan anak kepada bahan yang berpotensi merengsa kulit.
5.3. Mengurangkan Pencemaran Mikrobiologi
eSpring juga menapis lebih dari 99.99% bakteria dan virus yang mungkin terdapat dalam air. Walaupun bakteria ini mungkin tidak kelihatan atau berbau, ia boleh menjejaskan kesihatan kulit, terutamanya bagi anak eczema. Eczema boleh menyebabkan kulit terbuka atau luka akibat garuan, dan ini menjadikan kulit lebih terdedah kepada jangkitan. Dengan air yang bersih dan bebas mikroorganisma, risiko jangkitan pada kulit dapat dikurangkan, membantu mempercepatkan proses penyembuhan.
5.4. Meningkatkan Kualiti Air Minum
Selain kegunaan untuk mandi, eSpring juga penting untuk memastikan anak mendapat air minum yang bersih dan sihat. Air yang bersih membantu mengekalkan hidrasi yang baik, dan ini sangat penting untuk anak yang ada eczema kerana hidrasi yang mencukupi membantu kulit mengekalkan kelembapan. Apabila badan terhidrasi dengan baik, kulit juga akan menjadi lebih lembut dan kurang kering, yang boleh membantu mencegah flare-up eczema.
5.5. Menapis Lebih 140 Jenis Pencemaran
eSpring menapis lebih daripada 140 jenis bahan pencemar yang biasanya terdapat dalam air paip, termasuk pesticides, VOCs (volatile organic compounds), dan bahan kimia industri. Bahan pencemar ini boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan kulit dan keseluruhan badan jika terdedah dalam jangka masa panjang. Dengan eSpring, anda boleh pastikan air yang anak guna setiap hari – untuk minum, memasak, dan mandi – bebas dari bahan-bahan ini yang boleh menimbulkan masalah kulit dan kesihatan.
5.6. Menjamin Air Yang Lembut Pada Kulit
Air yang ditapis oleh eSpring lebih lembut pada kulit, terutamanya kulit anak eczema. Bila mandi dengan air yang lebih bersih dan lembut, kulit anak tidak akan mengalami kekeringan yang keterlaluan selepas mandi, yang biasanya berlaku jika air mengandungi bahan pencemar atau mineral tertentu yang kasar. Air yang lebih lembut membantu mengekalkan kelembapan semula jadi kulit, yang penting untuk mencegah kekeringan dan kegatalan.
Kalau nak dapatkan eSpring, cepat hubungi Lady Fa!
Memang tak menyesal langsung Lady Fa invest untuk eSpring ni. eSpring bukan sahaja memberi air yang bersih untuk diminum, tetapi juga untuk kegunaan harian seperti mandi dan mencuci, yang penting untuk anak-anak yang ada eczema. Dengan menapis klorin, logam berat, bakteria, virus, dan lebih 140 jenis bahan pencemar, eSpring memastikan air yang digunakan lebih selamat dan tidak memberi kesan negatif pada kulit sensitif anak.
Dengan menggunakan eSpring, saya perasan kulit anak saya kurang iritasi selepas mandi, dan secara keseluruhannya, masalah flare-up eczema dia berkurang dengan ketara. Air yang bersih dan bebas bahan kimia memainkan peranan besar dalam menjaga kesihatan kulit anak, menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk keluarga yang ada anak eczema.
Kita Usaha Dengan ILMU
Kombinasi produk dalam Set Eczema Amway ni memang banyak sangat membantu dalam proses penyembuhan eczema anak saya. Dari sabun basuh baju yang lembut, losyen yang melembapkan, sabun mandi yang menenangkan, suplemen untuk sokongan dalaman, hingga ke sistem air yang bersih – semua ni mainkan peranan besar dalam mengurangkan flare-up dan memperbaiki kesihatan kulit anak saya.
Saya tahu betapa stressnya bila anak kita menderita eczema, dan saya berharap perkongsian ni sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu lain yang sedang mencari penyelesaian. Jangan putus asa, teruskan usaha cari apa yang sesuai untuk anak kita. Kalau ada sebarang soalan tentang produk ni, atau nak tahu lebih lanjut, jangan segan untuk tanya ya!
Saya bersyukur anak saya dah sihat dari eczema sebelum usianya 2 tahun, dan sekarang dia enjoy nikmati hidup. Alhamdulillah kulit dia makin bersih dan halus!
Terima kasih Allah. Terima kasih Amway.
Nak dapatkan set eczema ni, anda boleh hubungi saya. Saya akan ajar cara makan vitamin untuk anak eczema, cara pakai produk yang lain. Dan juga cara pemakanan dan motivasi untuk ibu yang ada anak eczema.
Boleh buat belian sendiri juga disini:
- Daftar ahli Amway disini – https://www.amway.my/registration/member
- Letak detail ni untuk sponsor ABO number: 7016598524 (Farah Alina)
Lepas mendaftar sebagai ahli, boleh WhatsApp saya dan saya akan guide untuk belian. Anda akan dapat harga lebih jimat, less 20% to 30% discount. Saya akan guide jika anda buat belian dengan saya.