Noxxa Pressure Cooker Amway ni memang viral. Entry ni Aleeyn tulis pada 3 April 2023 tau kawan-kawan. Pertama kali Aleeyn nak kongsi tentang Noxxa Pressure Cooker ni walaupun Aleeyn dah jadi user periuk ni sejak dari 2015 lagi! Heh.
Bukan tak nak berkongsi , tapi memang sebelum ni beli Noxxa Pressure Cooker Amway ni untuk pakai sendiri je. Untuk mudahkan urusan masak-masak kat dapur bila dah ada anak yang pertama. Itupun sebab tertarik bila biras Aleeyn share yang dia masak daging jadi mudah sangat dengan Noxxa Pressure Cooker ni.
Memori Terjebak Dengan Noxxa Pressure Cooker Amway
Masa tu kami tengah masak sama-sama dekat rumahmak mertua, dan menu masa tu adalah daging masak kicap dan sambal jawa (dalam menu ni wajib ada perut). Nak dijadikan cerita, daging dan perut tu hari tu punyalah lambat nak empuk. Dah masukkan sudu besi dalam periuk (tips orang lama nak empukkan daging) pun masih lagi belum empuk. Last-last biras Aleeyn pun cerita lah kalau kat rumah dia di Johor dia guna Noxxa Pressure Cooker memang takde masalah macam ni. Sekejap je setle. Daging jadi lembut dan lebih enak. Tak renyah gini. Lepas tu dia cerita lagi keajaiban periuk noxxa ni buat Aleeyn yang dengar ni rasa teruja sungguh!
Apa lagi, Aleeyn pun cakap “nak beli juga perium noxxa tu kak Emi!”.
Hahaha. Kena racun sungguh kan. Sebenarnya Aleeyn terus setuju nak beli sebab kak Emi kata boleh bayar ansur-ansur selama 10 bulan. Oh lagi lah on. Pulak tu, bulan pertama bayar ansuran tu dan terus dapat barang, terus boleh guna. Aihh syok nih!!
Berbaloi ke belo Noxxa Pressure Cooker tu?
Apa yang Aleeyn boleh katakan, memang berbaloi baloi sangat sangat. Pelaburan untuk gajet dapur yang menguntungkan. Dengan satu periuk je kita boleh buat macam-macam masakan. Jimat masa pulak tu. Mudah? Ah tak yah cakap. Memang mudah!
Noxxa versi lama yang Aleeyn beli masa 2015 dulu tu. Sampai sekarang 2023 Noxxa ni masih elok dan masih Alin gunakan tau. Bayangkan dah 9 tahun, masih elok dan berfungsi dengan baik. Walaupun selalu balun guna untuk masak. Hehe.
PERIUK NASI PELBAGAI FUNGSI SEMUA DALAM SATU
Noxxa Pressure Cooker Amway ni didatangkan dengan periuk dalaman tak melekat berkapasiti 8L. Yang periuk dalam tu boleh ditanggalkan dan ianya dilapisi dengan salutan DUPONT Teflon Platinum bergred makanan yang digunakan di peringkat antarabangsa untuk semua peralatan memasak tidak melekat yang berkualiti tinggi. Wow sangat kan!
Noxxa Pressure Cooker ni mempunyai fungsi-fungsi lain termasuklah:
- Lampu penunjuk LED dengan 2 tetingkap paparan
- 10 fungsi memasak (Sup/Air Rebusan, Daging/Stew, Kek/Bakar, Tekanan Rendah, Goreng Kilas, Nasi, Aneka Biji-bijian, Bubur, Kukus, Masak Perlahan) dengan 3 masa pratetap dan/atau tetapan suhu yang boleh disesuaikan (Less, Normal, More) untuk setiap fungsi
- Mula memasak secara automatik 4 saat selepas memilih fungsi
- Fungsi Memori Pemasa Pintar – Menyimpan dan mengingati masa dan/atau suhu yang ditetapkan.
CIRI-CIRI NOXXA PRESSURE COOKER AMWAY
- Melihat tekanan memasak dalaman dengan penunjuk LED untuk fungsi memasak dengan tekanan
- Fungsi Hangat yang boleh disesuaikan – Memastikan makanan kekal hangat sehingga 12 jam dan pilihan untuk mengekalkan kehangatan secara automatik atau membatalkan fungsi Hangat selepas proses memasak tamat. So tak yah susah kan nak perangatkan makanan atas dapur macam selalu.
- Pilihan suhu – mengawal suhu memasak untuk fungsi Goreng Kilas dan Masak Perlahan
- Pemasa tunda untuk menunda proses memasak sehingga 24 jam
- Penyediaan makanan berkhasiat yang dibuat sendiri dengan pantas.
Review Noxxa Pressure Cooker Amway
MASAK CEPAT, JIMAT MASA
RASA ENAK, NUTRIEN MAKANAN KEKAL
MUDAH KEMAS, DAPUR TAK BERSEPAH
HIDANGAN ISTIMEWA BILA BILA MASA
JIMAT ELEKTRIK
TAK KENA BAHANG API @ PANAS BERPELUH
BUAT STOK MAKANAN SEJUK BEKU

