“Long, awat mata merah hang nangis ka?”
“Tim, kenapa mata hang nampak macam zombie?”
Haaa… Masalah mata merah. Kalau korang pernah ada masalah mata kering, korang mesti boleh relate dengan pengalaman ni. Bukan setakat mata merah tau, tapi rasa pedih, kesat macam kertas pasir, dan kadang-kadang rasa nak rendam mata dalam baldi air sejuk! 😭😭😭😭
Masa dulu, Tim selalu kena. Bukan sehari dua je, kadang sampai tiga hari mata kering, merah, dan berair non-stop. Kulit tepi mata pun sampai melecet sebab asyik lap air mata yang mengalir. Pernah sekali, pagi raya pula tu! Hilang terus mood nak bergambar. Bila dah jadi macam ni, nak posing pun tak lalu.
Apa Itu Mata Kering?
Mata kering (a.k.a dry eyes) ni sebenarnya masalah yang biasa, tapi menyakitkan. Tim perasan benda ni mula jadi dalam 4-5 tahun lepas. Puncanya? Mungkin sebab banyak drive jauh-jauh. Kadang-kadang, bila tengok screen handphone atau laptop lama sangat, terus jadi. Mata rasa silau gila, lepas tu pedih, dan berair. Yang paling obvious, urat merah kat mata tu naik jelas sampai orang ingat Tim tengah menangis.
Lama-kelamaan, Tim perasan mata Tim jadi makin sensitif. Dalam sebulan, mesti at least sekali kena. Kalau terkena sabun antibakteria atau bahan kimia harsh, walaupun sikit, bersedia lah nak hadap mata bengkak berhari-hari.
Asap pun trigger! Kena asap sikit, terus mata pedih. Jadi, solusi masa tu, Tim cuba elak semua benda yang boleh buat mata kering. Tapi jujurnya, susah nak avoid 100%. Tim pernah guna eyedrop biasa, tapi tak banyak membantu. Last-last, Tim buat spek mata anti-silau untuk kurangkan tekanan pada mata masa drive atau tengok screen. Masalah mata merah
The Turning Point
Fast forward ke tahun 2024… Alhamdulillah, masalah mata merah & kering ni dah makin jarang sangat jadi. Setahun ni, Tim ingat dua kali je kot kena. Itu pun kejap je, tak sampai 24 jam dah okay.
So, apa yang Tim buat?
Jeng jeng jeng…
Tim mula consume Nutrilite Lutein + Salmon Omega! 🎉
- Nutrilite Lutein:
Ni memang lifesaver untuk kurangkan masalah silau. Kalau korang ada mata yang sensitif dengan cahaya, lutein ni sangat membantu. - Nutrilite Salmon Omega:
Yang ni memang game changer. Tim rasa salmon omega ni lah yang buat mata Tim tak kesat lagi. Mata rasa lembap, dan tak lagi pedih macam dulu. Kalau tengok gambar mata Tim sebelum dan selepas, memang nampak beza. Dulu, mata nampak tak sihat je. Sekarang, walaupun saiz mata tetap kecik (haha!), tapi nampak lebih bersinar dan sihat.
Bonus Tambahan
Bukan mata je makin sihat tau! Tim perasan kulit pun jadi lebih lembap, tak kering macam dulu. Tim ni jenis oily-combination skin, tapi sekarang kulit lebih stabil, tak berminyak sangat, dan tak kering.
Satu lagi, ni yang best:
Lemak kat badan pun macam mencair! 💃
Walaupun Tim masih suka jalan-jalan cari makan (jjcm), berat badan tetap terkawal. Ni mungkin sebab omega-3 dalam Salmon Omega tu. Omega-3 ni ada banyak manfaat, termasuklah bantu kurangkan lemak tak sihat dalam badan.
Kenapa Salmon Omega dan Lutein Terbaik?
Nutrilite Salmon Omega ni diperbuat daripada ikan-ikan berkualiti tinggi seperti salmon dari Norwegia, makarel, tuna, dan anchovy dari arus Humboldt di Peru. Setiap soft gel ni kaya dengan omega-3, yang membantu:
- Melembapkan mata
- Menyokong kesihatan otak dan jantung
- Kurangkan radang dalam badan
Lutein pula penting untuk kesihatan mata, terutamanya untuk kurangkan silau dan melindungi mata daripada cahaya biru. Kalau korang jenis yang banyak kerja depan laptop atau phone, lutein ni wajib masuk dalam rutin harian.
Tips Untuk Mata Sihat
Selain ambil suplemen, Tim nak share beberapa tips yang korang boleh amalkan:
- Gunakan cermin mata anti-silau: Kalau drive malam atau tengok screen lama, spek anti-silau sangat membantu.
- Turunkan brightness screen: Filter blue light pun penting untuk kurangkan tekanan pada mata.
- Elakkan bahan kimia keras: Kalau guna sabun, pilih yang lembut untuk mata.
- Kurangkan asap: Stay away dari tempat yang banyak asap atau habuk.
- Rehatkan mata: Kalau kerja lama depan komputer, guna kaedah 20-20-20. Tengok benda jauh setiap 20 minit, selama 20 saat.
Nasihat untuk anda!
Masalah mata kering ni memang mengganggu, tapi jangan biarkan ia spoil hidup kita. Dengan usaha jaga kesihatan mata dan badan, insyaAllah kita boleh elakkan masalah ni. Tim rasa bertuah sangat sebab jumpa Nutrilite Lutein + Salmon Omega. Suplemen ni memang ubah hidup Tim, dari segi kesihatan mata, kulit, dan badan secara keseluruhan.
Kalau korang ada masalah sama, jangan tunggu lagi. Start sekarang dengan jaga mata dan kesihatan dalaman. Trust me, kesannya memang luar biasa! 💕
Jom sihatkan mata kita! Elakkan masalah mata merah 👁️✨
Jika anda nak hubungi Tim untuk pembelian, anda boleh KLIK SINI