Kenapa Bisnes Amway?

amway

Hai semua! Assalamualaikum. Thanks singgah d blog Lady Fa di sini. Hari ni saya nak share kenapa saya sangat jatuh cinta dengan bisnes Amway, walaupun sebelum ni saya dah jadi Master Coordinator (Sept 2021) dalam bisnes Shaklee.

Bila sebut pasal Amway, saya yakin ramai orang dah kenal kan. Sebab Amway ni dah lama dah wujud di Malaysia ni. Dan sebenarnya kan, my mom dulu pun pernah buat bisnes Amway tau. Saya ingat lagi, masa saya sekolah rendah dulu, ada kawan Mama datang rumah kami buat demo lotion allano. Haha!

Memilih bisnes Amway sebagai sumber pendapatan saya bukanlah pilihan yang mudah. Saya mengkaji, buat research sehabis habisnya, melawat HQ nya, buat solat sunat istikhorah.. dan kemudian bila dapat jawapan tu, barulah saya tekad untuk resign dalam company lama dan berhijrah ke Amway.

So dalam entry hari ni, meh saya share kan kenapa saya memilih Amway.

1. Flexible dan Bebas Masa

Kita semua tahu betapa sibuknya kehidupan, kan? Terutamanya kalau macam saya ni wanita – seorang ibu, isteri, anak dan dai’e. Kadang-kadang rasa macam tak cukup masa nak buat semua benda. Tapi apa yang saya suka sangat pasal Amway ni ialah flexibility yang dia bagi. Kita boleh tentukan bila nak buat bisnes, ikut masa kita sendiri. Kalau ada urusan anak-anak, tak perlu risau nak mintak cuti, sebab kita sendiri bos! Hey, Amway Business Owner kot, we own this biz lah 🙂

Saya sendiri mulakan bisnes Amway masa anak saya masih kecil, masa tu saya tengah struggle nak balance antara jaga anak dan buat income tambahan. Tapi sebab Amway ni tak memerlukan kita duduk di kedai dari pagi sampai malam, saya boleh buat bisnes dari rumah, di mana-mana, ikut masa saya. Sambil jaga anak pun boleh!

family lady fa
Keluarga Lady Fa

2. Produk yang Memang Terbukti Berkualiti

Bagi saya, salah satu faktor terbesar kenapa saya yakin buat bisnes Amway ialah produknya. Produk Amway ni bukan sekadar barang yang kita jual suka-suka. Setiap produk yang saya gunakan dalam kehidupan seharian memang membantu saya dan keluarga dari segi kesihatan, kecantikan, dan kebersihan rumah.

Daripada Nutrilite, yang dah banyak bantu kesihatan keluarga saya (terutama nya kesihatan anak ketiga saya yang eczema tu), hinggalah ke eSpring water filter, yang buatkan saya rasa lebih selamat sebab tahu saya dan keluarga minum air bersih.

Anak ketiga Lady Fa yang sembuh daripada eczema kronik, menggunakan semua barang Amway.

Jadi, bila saya berkongsi dengan orang lain, saya tak perlu paksa diri nak yakinkan mereka sebab saya sendiri memang pengguna setia. Pengalaman guna sendiri buatkan saya lebih yakin untuk berkongsi kebaikan produk Amway. Kalau dah berkesan untuk saya, kenapa tak share dengan orang lain, kan? Tak baik tau simpan barang baik sorang2. Hehe!

3. Sistem Sokongan dan Latihan yang Mantap

Dalam Amway, saya tak rasa berseorangan. Serius! Saya tahu ramai orang takut nak mula bisnes sebab rasa tak ada pengalaman, tak pandai marketing, tak reti nak bercakap dengan orang. Tapi di Amway, kita ada support system yang sangat hebat. Dari mentor, upline, hingga ke team yang sentiasa ada untuk guide kita.

Bisnes saya sebelum ni saya mahir online je, jarang nak keluar offline. Namun dalam team Amway saya ni, saya diberi tunjuk ajar dan bimbingan untuk membangunkan bisnes saya dari bawah, secara offline jugak. Tak kisahlah kita ni baru dalam dunia bisnes ataupun dah lama, sistem dalam Amway ni memang direka untuk bantu semua orang berjaya. Join us!

4. Income Tambahan yang Sangat Berbaloi

Jom cakap pasal money, sebab ni mesti topik yang semua nak tahu, kan? Dalam Amway, pendapatan kita bergantung pada usaha kita sendiri. Yang bestnya, tak ada had pendapatan. Lebih banyak anda usaha, lebih besar peluang untuk jana income. Saya sendiri dah merasa betapa berbaloinya usaha yang saya laburkan dalam bisnes ni.

Bayangkan, setiap bulan dapat bonus atas usaha kita, tambah pula dengan reward dan incentive macam percutian mewah dan barang-barang eksklusif. Ini bukan sekadar side income, tapi kalau buat betul-betul, boleh jadi income utama yang stabil. Saya pernah rasa betapa lega bila duit dari Amway ni bantu saya semasa ekonomi keluarga tengah goyah. Huhu.

Bisnes Amway berikan bonus yang luar biasa tau. Banyak sangat incentive yang Amway nak bagi kepada para ABO dia. Extra 20% , extra 30% sampai lah ratusan percent. Fuhh!! Memang gila. Kat bawah ni bonus bulanan yang saya dapat dalam 8 bulan pertama saya buat bisnes Amway. Bulan ketujuh dah genggam bonus 5 angka tau korang. Gilaaaa kan!! Memang gila!!

Korang, Amway bukan je bagi bonus bulanan tau, tapi Amway juga bagi bonus tahunan. Ya Allah, bestnyaaaaaaa!! Saya mula bisnes Amway pada April 2023, Bulan Sept 2023 saya dah dapat bonus tahunan RM2K. Itu bukan bonus bulanan tau, bonus bulanan lain yang dah dapat bulan bulan tu. Ni totally bonus tahunan (bonus hujung tahun) yang Amway bagi. MashaAllah.

Untuk tahun 2024, saya dapat lagi bonus tahunan berganda ganda daripada tahun pertama saya. Tengok la gambar kat bawah ni. Sat, saya nak ambik tisu nak nangis jap. Sobs.

5. Bina Hubungan dan Rangkaian Luas

Salah satu perkara yang buat saya seronok dengan bisnes ni ialah hubungan yang saya bina dengan ramai orang. Bisnes ni bukan sekadar jual beli, tapi juga tentang membina network yang kuat. Saya dapat kenal ramai kawan baru, bertukar pengalaman, dan sama-sama belajar. Malah, ada yang dah jadi macam keluarga kedua saya. Seronok tau bila dapat bekerja dengan orang yang like-minded dan sama-sama ada misi nak berjaya.

Bisnes Amway

6. Bisnes Tanpa Modal Besar

Ramai yang takut nak mulakan bisnes sebab fikir kena keluar modal besar, kena ada kedai fizikal, kena simpan stok banyak-banyak. Tapi dengan Amway, tak perlu risau semua tu. Modal permulaan yang rendah, tak perlu simpan stok sebab semuanya diuruskan oleh Amway.

Saya hanya fokus pada pemasaran dan jualan, Amway yang akan uruskan penghantaran produk kepada pelanggan. Sangat mudah dan praktikal untuk ibu-ibu atau sesiapa yang sibuk dengan kerja harian. Hat ni yang paling saya suka, sebab saya tak suka packing-packing barang ni. Easy!

7. Membantu Orang Lain Capai Kesihatan dan Impian Mereka

Dari hati saya, kenapa saya sayang sangat bisnes Amway ni sebab ia bagi saya peluang untuk bantu orang lain. Saya suka bila pelanggan saya rasa lebih sihat, lebih bertenaga, atau bila business partners saya capai impian mereka melalui bisnes ni. Saya rasa puas, dan kepuasan tu tak boleh diukur dengan wang ringgit. Dalam Amway, kita bukan sekadar buat bisnes untuk diri sendiri, tapi kita juga bantu orang lain untuk capai kejayaan mereka.

8. Produk Nutrilite Yang Ada Ladangnya Sendiri.

Ni point last ya, dan point yang terpaling function as the main reason kenapa saya nak buat bisnes Amway! Yes, Amway memang ada ladang Nutrilite sendiri, dan inilah salah satu perkara yang membuatkan saya kagum dengan bisnes ini. Ladang Nutrilite milik Amway merupakan antara ladang organik terbesar di dunia, dan di sinilah bahan-bahan utama untuk suplemen Nutrilite ditanam dan diproses secara semulajadi.

Ladang Amway

Apa yang istimewa tentang ladang Nutrilite ni?

1. Bertani Secara Organik

Ladang-ladang Nutrilite dijaga dengan kaedah organik sepenuhnya. Maksudnya, mereka tidak menggunakan bahan kimia berbahaya, racun serangga sintetik, atau baja yang boleh merosakkan alam sekitar. Amway sangat mementingkan kualiti dan kesihatan pengguna, jadi segala tanaman di ladang mereka dijaga rapi untuk memastikan kita dapat khasiat yang paling tulen dan selamat.

2. Dari Benih Hingga Ke Produk Akhir

Keunikan Nutrilite adalah konsep “dari benih hingga ke suplemen” (seed to supplement). Ini bermaksud, dari proses penanaman, penuaian, hingga ke proses pembuatan produk akhir, semuanya dilakukan oleh Amway sendiri. Mereka ada kawalan penuh terhadap setiap langkah pengeluaran, jadi kita boleh yakin dengan kualiti suplemen Nutrilite yang kita ambil. Semua bahan aktif dalam suplemen adalah 100% semulajadi dan diproses dengan teknologi canggih untuk mengekalkan khasiatnya. Love!!!

3. Sains dan Alam Bergabung

Nutrilite juga menggunakan kajian saintifik untuk menggabungkan nutrien semulajadi dengan teknologi moden. Setiap suplemen Nutrilite direka berdasarkan kajian mendalam dan ujian klinikal untuk memastikan keberkesanan dan keselamatannya. Nutrilite tak hanya sekadar tumbuhan biasa, tetapi hasil dari gabungan ilmu sains dan keajaiban alam.

4. Sustainability dan Penjagaan Alam Sekitar

Selain menghasilkan produk yang berkualiti tinggi, Amway juga komited untuk menjaga alam sekitar. Ladang Nutrilite menggunakan teknik pertanian yang mampan dan mesra alam, seperti penggunaan baja kompos semulajadi dan kaedah pengairan yang menjimatkan air. Mereka sentiasa berusaha untuk mengurangkan jejak karbon dan memastikan pertanian mereka tidak merosakkan ekosistem sekitar.

Jadi, bila kita gunakan suplemen Nutrilite, kita bukan sahaja dapat khasiat yang terbaik, tapi kita juga menyokong amalan pertanian yang mesra alam dan bertanggungjawab. Bagi saya, inilah salah satu sebab kenapa saya sayang sangat dengan produk Amway, sebab saya tahu kualitinya terjamin dan datang dari sumber yang selamat serta mesra alam

Jadi, Kenapa Tak Cuba?

Kalau anda tengah fikir-fikir nak mula bisnes, jom Amway! Anda tak perlu berhenti kerja tetap atau tinggalkan tanggungjawab sebagai ibu. Dengan sistem dan produk yang terbukti, serta sokongan dari mentor dan team, saya yakin anda boleh berjaya. Jomlah join team Lady Fa #AmwaybyTGT dan kita sama-sama bina bisnes ni.

Sampai sini dulu perkongsian saya. Kalau anda rasa berminat nak tahu lebih lanjut atau nak sembang-sembang tentang bisnes ni, jangan segan-segan, contact je saya. Saya excited nak bantu lebih ramai orang capai kebebasan masa dan kewangan macam saya! 😊

Oh ya, btw saya nak jemput anda untuk sertai Seminar Zero to Hero, diadakan online dan percuma sahaja. Dengar dulu. Saya ada disini sebagai speaker untuk berkongsi. Berminat hubungi saya k, untuk saya daftarkan. Dijangka 1000 seat akan penuh ni!

Bisnes Amway Seminar


Sebelum tu, lupa pula nak share point ke 9 iaitu melancong secara percuma dengan Amway.

Best tau buat Amway, berpeluang untuk melancong bersama pasangan, tanpa perlu kita keluarkan duit satu sen pun. Awesome!

Saya tunggu anda tau. Join me now! =)

Bye. Jumpa lagi di entry berikutnya.

Bisnes Amway boleh melancong

Leave a Reply