Jun 2022, kehidupan kami sekeluarga mula diuji apabila anak ketiga kami ini menghidap kronik ekzema. Seluruh kulitnya merah, ruam, berair dan kadang bersisik, berbau dan kadang berdarah darah. Siang dan malam bagi saya sama sahaja ketika itu, tiada waktu tidur bagi saya kerana setiap masa bersama dengan si anak.
Ketika itu, kami tinggal di Sarawak. Keluarga kami tak nampak kesusahan kami, sebab kami jarang balik kampung. Nak bawa anak ekzema naik flight 2 jam ke Semenanjung, kami boleh runsing kalau memikirkan. Macam mana nak handle anak yang akan menangis sepanjang 2 jam dalam flight tu , macam mana nak beri keselesaan pada penumpang yang lain kalau anak kami menangis tak selesa dengan keadaan ramai orang tu. Hanya yang lalui saja tahu..

Ujian ni kami tak pasrah, kami tak berserah bulat-bulat. Sedaya upaya kami ikhtiar untuk pulihkan ekzema anak kami. Kata lah apa sahaja usaha, kami buat. Sama ada kami dah buat, atau dalam waiting list kami untuk buat. Kami korbankan semuanya.. untuk melihat anak kami miliki kulit bersih kembali..
Dulu.. ke mana sahaja kami pergi, semua orang akan pandang anak kami. Menuding jari dan tunjuk tunjuk pada anak kami. Ada juga yang pandang kami suami isteri semacam, seolah olah kami tak pandai jaga anak. Bukan tu sahaja, ada juga yang berkata pada kami, anak kami ni akan ada kulit ekzema ni sampai la dia besar, dia memang akan kekal.
Video Anak Ekzema Lady Fa Viral 4Juta Tontonan!
Sebagai ibu, saya menafikan sekerasnya dalam hati. Saya berjanji dengan diri saya, akan saya bantu anak saya untuk sihat dan pulih dari ekzema. Saya berazam untuk pulihkan ekzema anak saya sebelum dia bersekolah, sebelum usianya 4 tahun. Itu tekad saya.
Maka, saya kaji tentang ekzema. What do and donts. Saya dulu belajar Master dalam bidang research, takkan saya tak boleh nak buat research tentang ekzema anak saya kan. i must and i do. Dari situ, saya tahu punca berlakunya ekzema. Dari usus yang bocor (leaky gut). Dan dari situ saya usaha utk pulihkan ekzema anak saya bermula dengan berikan dia bakteria baik utk keseimbangan mikrobiom usus anak.

Dua bulan usaha berkaitan dengan usus, saya nampak perubahan yang baik pd kulit anak saya. Kulitnya makin halus, bersih, cantik, cerah dan gebu.. Allahu…… speechless saya masa tu.
Semua kawan-kawan yang jumpa kami sekeluarga tegur perubahan anak kami. Ya, nampak sangat ketara. Nak sihat, bermula dari pemakanan. Banyak pantang larang anak ekzema yang saya dan anak saya kena ikut, kami disiplin dan sabar. Kerana kami tahu, disetiap pengorbanan itu akan ada kebaikan yang akan datang..

Ini wajah anak kami sekarang. Umur 2 tahun 9 bulan.. Makin hensem.. asbab ususnya dah sihat. Alhamdulillah ya Allah. Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin dari Mu ya Allah. Kami bersyukur sangat ya Allah..

Dengan pengalaman saya yang tak seberapa ni, saya tekad untuk membantu ibu di luar sana yang ada anak ekzema. Saya nak mereka juga yakin bahawa anak mereka boleh sembuh, mereka boleh kecapi bahagia yang sama saya rasai sekarang…
Saya juga nak ingatkan mereka akan firman Allah SWT..
“Disetiap kesulitan itu pasti ada kemudahan………”
.