Amway Bisnes Orang Tua
AMWAY BISNES ORANG TUA. Awas. Post ni sangat panjang.Ada orang kata, Amway ni bisnes orang tua tua. Orang berumur je yang buat bisnes Amway ni.
Well, tu dulu lah kut.
Sekarang dah ada wave generasi Y seluruh dunia dah. Golongan belia muda remaja dah mula nampak peluang bisnes yang bagus ngan Amway ni. Market Malaysia ni nombor 8 dunia dah sekarang. Yang paling laju berkembang bisnes diorang ialah market negara China, US dan Korea Selatan.
Hebatnya penerimaan rakyat Malaysia pada peluang bisnes Amway ni, boleh berdiri Top Ten sebaris dengan negara negara hebat dunia.
Namun, nama Amway ni taklah mainstream sangat sebenarnya. Ianya kurang digebangkan dengan cara iklan tv dan radio. Kebiasaannya lebih kepada word of mouth marketing saja.
Percaya tak, Lya kenal perkataan Amway ni pun masa tahun 2017, masa kawan lama Lya offer join kutu iron. Umur berapa dah masa tu, 36 dah.
Orang lain siap ada yang dah pernah dengar perkataan Amway ni dari kecik. Macam macam permulaan ada.
Ada yang neneknya start guna sabun basuh SA8 kat rumah, sampailah mak dia pulak pakai, sampailah dia sendiri pakai dan buat bisnes sabun. Akak ni dah 40 an.
Ada yang waktu dia sekolah asrama dulu, mak dia bekalkan sabun SA8 ni untuk basuh baju kat asrama. Abang ni dah 50 an.
Sabun basuh baju SA8 ni salah satu produk lejen yang dah lama dah sebenarnya kat Malaysia. Tahu tak, tahun kelahiran Lya iaitu 1981, masa tu Amway ni dah ada kat Malaysia?
Kalian lahir tahun berapa?
Amway dah masuk market Malaysia tahun 1976. So sudah 43 tahun umur Amway Malaysia ni.
Empat puluh tiga tau. Bukan empat atau tiga tahun. Ini memang kita panggil akak atau abang dah ni sebab dah 40 an, betul tak.
Orang kata, solid. Solid sampai Tabung Haji, EPF pun beli saham Amway Malaysia ni. Kalau tengok list MLM companies yang listed di KPDNHEP sekarang, Amway ni number 5 Malaysia. Nombor 1 Avon, nombor 2 Singer.
Tapi kan, mana ada orang nak tengok semua ni masa nak sign up jadi ahli, betul tak. Lya sendiri pun tak tengok dulu. Hihi.
Lya bayar je sebab fikir dapat barang pada sebahagian bayaran je. Pastu takde interest lak tu. Nak join kutu kena register ahli, so okay je.
Lya mula mula dulu tu tak minat pun nak serius dengan Amway. 9 bulan pertama tu, Lya bayar kutu iron tu je. Kepochi sepatah pun tidak. Apasal tah, sedangkan iron tu memang Lya suka sangat, puas hati la bayar RM150 sebulan.
Yang betul betul dapat hidayah bisnes tu bulan Februari 2018 tak silap. Entahlah, Allah dah angkat hijab masa tu kut. Memang nampak sangat bestnya Amway ni, ada semua yang Lya duk cari selama ni.
Lya cari apa?
Satunya, Lya cari bisnes yang boleh buat Lya berhenti kerja dan tak terikat dengan kerja, kuota cuti dan kuota MC. Waktu tu, anak anak kecik lagi dan selalu sakit. Bila time anak sakit, kita tengah kerja pun rasa serba salah kalau tak pantau diorang. Gitulah dilema mak mak kan.
So, since memang minat dunia bisnes, Lya terfikirlah kalau berhenti kerja and focus bisnes, ada ke bisnes yang boleh bagi pencen? Means income tetap masuk bulan bulan tanpa kita terikat dengan cuti, mc semua tu.
Rupanya ada kat Amway. Pencen tak fixed lak tu, boleh bertambah dari tahun ke tahun. Nak dapat pencen ni pun tak perlu buat bisnes sama lama macam servis.
Lya servis lagi 22 tahun baru dapat pencen wajib.
Tapi kalau part time buat Amway dari sekarang, nak dapat pencen Amway tu tak de lah sampai 22 tahun tempohnya. Paling cepat tiga tahun, tapi biasanya orang reach level pencen Amway tu tiga ke lima tahun bisnes.
Okay lah kan, sambil sambil kerja, kita siapkan plan B ni ha.
Pastu pulak, kekdahnya yang Lya suka. Offer kutu kat kawan kawan yang berminat. Kekdah ni langsung tak membebankan, malah fun dan mempermudahkan urusan kawan kawan.
Tak payah jumpa orang, buat orang serba salah kena ambik loan untuk ikut kita buat bisnes. Lega sangat bab ni tau.
Modal kita sebenarnya yuran ahli RM90 tu,niay kita nak orang gembira macam kita gembira, pastu ilmu produk, pastu usaha dan doa. Pulak tu untuk ahli baru, dapat kupon sebanyak RM120 semuanya. Ha, siap untung pulak tiga puluh ringgit.
Bunyi macam ye ye or je kan?
Tapi ni semua betul tau. Dan sebenarnya tak semua mampu buat bila bermodalkan sabar, percaya, yakin diri, yakin Allah akan bagi kemenangan. Ni semua benda tak nampak, tak boleh pegang di tangan. Betul kan.
Tapi siapa yang ada semua ciri atas ni, diorang capai jugak yang dicerita dalam teori. Serius! Lya sendiri sembang dengan empunya badan. Cara organik dan tak de suntikan modal. Purely sharing kutu sahaja.
Pun boleh beli rumah guna payslip bisnes ni tau!
Bank nak tengok slip bisnes 6 bulan. Bukan 6 tahun pun. Peluang bisnes yang sangat bagus ni.
Takkan tak nak amik peluang kan?
Siapa yang wanita sejati tu memang jackpotlah terpijak peluang bisnes kutu gajet ni.
Cuma tulah, Lya ni sebenarnya bukan lah wanita sejati. Wanita sejati ialah jenis yang suka memasak dan hari hari akan masak untuk famili. Kerja rumah semua tapau dengan senang hati.
Lya ni jauh sekali lah hihi.
Masak tu tak berapa minat sejak kecik lagi. Bukan apa ada sejenis fobia dengan api dan elektrik. Api sebab panas dan selalu kena percikan minyak masa kecik dulu. Elektrik tu sebab masa kecik pernah kena karen sebelah badan, gi pegang wayar hidup dalam bilik mandi masa ayah tak siap lagi pasang shower.
Lya ni jenis goreng karipap ikan kat dapur pun boleh hangus. Jenis yang masak lauk kegemaran je pandai, itupun singgang. Jenis yang nak buat kek pun nebes nak guna Kitchenaid tu.
Tapi alhamdulillah, dalam serba kekurangan Lya di dapur ni, masya Allah ada rezeki berdagang gajet dapur.
Yang tak kekok di dapur, lagilah kan.
Tak susah pun sebenarnya nak bantu mereka yang memerlukan kutu periuk Noxxa, kutu air fryer. Ilmu produk sentiasa mengalir setiap hari, kita tak perlu ada semua gajet kat rumah baru boleh berkongsi.
Tak perlu pun tau!
Serius! Sungguh banyak bahan bantu jualan yang ada dalam group. Boleh guna semua tak perlu bayar sesen pun dah. Tepeklah di wasapp status, di FB, di page. Sesekali sembang dengan kawan kawan, offerlah kat diorang kutu ni. Just like that.
Lya tak pandai masak, tapi kadang anak anak team mintak tolong closing customer, kita buat ayat bagi diorang. Kadang ada yang baru je join kutu, nak share kat network diorang jugak pasal kutu, Lya buat ayat copywriting bagi diorang.
Serius tatahu nak cakap mudahnya sekarang nak bantu orang. Sentiasa ada je cara untuk kami ni permudahkan jalan untuk buat bisnes, lagi lagi untuk yang belum pernah sharing pasal kutu ni.
Seronok tau bisnes Amway ni. Syukur alhamdulillah syukur, Allah angkat hijab dan nampak apa Amway boleh bagi pada Lya, suami, mak ayah, anak anak dan of course pada anak anak kutu Lya.
Amway company yang sangat kukuh, produk pun banyak so sesuai sangat untuk yang cepat bosan macam Lya ni. Semua pun bagus, berkualiti.
Tu yang tak berapa faham tu. Ada orang kata, Amway ni bisnes orang tua. Adehhhh.
Sepatutnya, Amway ni bisnes untuk hari tua. Haaaaaa baru betul!