Amwag MLM Ikut Syariah ?
Amwag MLM Ikut Syariah ? Amway, MLM dan Syariah. Saya tertarik menulis perkara ini setelah diminta oleh Pengerusi sebuah syarikat berkaitan MLM untuk memberikan komen saya berhubung garis panduan syariah.
Tulisan ini merupakan pandangan peribadi saya. Ia bukanlah boleh dijadikan sandaran hukum kerana saya bukanlah ahlinya. Saya mengupas perkara ini berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemahaman yang diperolehi secara peribadi selaku pengamal bisnes ‘networking’ dan pengedar atau lebih dikenali sebagai Pemilik Perniagaan Amway (ABO)
Pelan pemasaran rangkaian atau MLM sememangnya banyak digunapakai oleh syarikat Jualan Langsung termasuk Amway.
Walaubagaimanapun, terlalu banyak syarikat telah menyalahgunakan konsep MLM ini sehingga menyebabkan nama buruk terpalit kepada industri ini. Samada setuju atau tidak, pemilik perniagaan Amway (ABO) perlu menghadapi persoalan ini yang akan ditanya oleh masyarakat terutamanya yang beragama Islam.
Sebagai sumber rujukan, saya telah menggunakan Garis Panduan “Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah” yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan setelah mereka bersidang pada 16-18 Jun 2011.
Banyak perkara penting tercatit dalam garis panduan tersebut namun saya ingin mengetengahkan beberapa perkara yang sering menjadi persoalan utama yang diajukan kepada saya.
Melalui salah satu muzakarah yang telah diadakan oleh Majis Fatwa tersebut, ia telah memutuskan bahawa:
“Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam“.
Garis Panduan yang diperakui tersebut itu pula mengariskan 3 perkara besar berikut:
A. PELAN PEMASARAN PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG
B. KRITERIA PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG BERBILANG TINGKAT (MLM) YANG DIHARUSKAN OLEH ISLAM
C. UNSUR-UNSUR YANG DILARANG DALAM PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG BERBILANG TINGKAT (MLM)
Anda boleh mendapatkan salinan Garis Panduan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut yang diedarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Sepanjang pengetahuan saya, perkara pokok yang menjadi isu bicara besar kepada masyarakat adalah definasi Skim Piramid dan Unsur-unsur Yang Dilarang seperti di C diatas.
Pertama : Skim Piramid
Majlis Fatwa ada menyebut dengan jelas Skim Piramid dengan definasi seperti di bawah
““Skim piramid” bermaksud apa-apa skim, perkiraan, pelan, pengendalian atau proses berantai yang bonus atau faedah diperoleh semata-mata atau terutamanya daripada perekrutan atau pengambilan peserta ke dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid berbanding dengan jualan barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta “– (TAKRIF 7 (o) dalam Garis Panduan)
Definasi ini telah jelas untuk sebarang skim yang semata-mata asyik menaja orang sahaja tanpa mengambil kira produk, jualan barang atau perkhidmatan. Ia adalah dilarang. Amwag MLM Ikut Syariah
Di Amway, perkara ini tidak langsung terjadi kerana ahli tidak mendapat sebarang bonus atau faedah hasil dari aktiviti penajaan orang baru. Cara menaja ahli baru di Amway adalah pengedar ABO membeli bag ‘Business Kit’ yang mengandungi pelbagai bahan bercetak, peraturan etika pengedar Amway beserta borang keahlian dengan harga RM60 dan memberikannya kepada ahli baru dengan pembayaran yuran keahlian RM60 juga. Tiada sebarang keuntungan penajaan diberikan oleh syarikat kepada penaja. Ahli baru tersebut juga dibenarkan untuk memulangkannya dan mendapatkan semula RM60 tersebut sekirannya `berubah fikiran dalam masa 3 bulan. Definasi Skim Piramid diatas nyata tidak terpakai untuk bisnes Amway.
Malangnya, definasi ini agak berkecamuk dalam fikiran masyarakat menyebabkan ramai menganggap bahawa sebarang aktiviti MLM dikatakan sebagai Skim Piramid. Akibatnya, banyak aktiviti MLM yang baik menjadi mangsa dicop sebagai Skim Piramid. Masyarakat sepatutnya mengambil sedikit masa untuk mengkaji banyak bahan-bahan penerbitan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tentang perkara ini.
Kedua : Unsur-Unsur Yang Dilarang Dalam Perniagaan Jualan Langsung Berbilang Tingkat (MLM).
Terdapat 6 perkara yang dibincangkan dan dijadikan garis panduan oleh Majlis Fatwa berkenaan unsur-unsur yang dilarang dalam perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM) ini.
Walaubagaimana terdapat 2 perkara yang sering ditanya oleh orang ramai kepada saya. Dua perkara tersebut adalah perkara 1 (e) dan perkara (5) dalam senarai unsur-unsur yang dilarang oleh Majlis Fatwa Kebangsaan seperti yang terdapat dalam Garis Panduan tersebut.
Perkara 1 (e):
“Pembelian wajib barang atau perkhidmatan atau harta tidak ketara atau bayaran minimum atau kehendak jualan dikenakan sebagai syarat untuk melayakkan seseorang mendapat bonus atau faedah ekonomi lain dalam skim terhadap pembelian atau jualan peribadi atau pembelian atau jualan ahli di bawahnya.”
Perkara tersebut banyak berlaku dan syarikat-syarikat MLM mempunyai sebab mereka tersendiri. Terpulang kepada tafsiran masing-masing. Walaubagaimana pun di Amway, apa yang mengejutkan saya adalah anda masih boleh dibayar walau pun anda tidak membeli barangan. Tiada sebarang syarat ‘maintain’ dikenakan untuk ahli pengedarnya menerima komisen. Amway mempunyai mekanisma tersendiri untuk membayar komisyen pengedarnya walaupun mereka tidak membeli barangan. Mantap!
Perkara (5) : Menjanjikan Keuntungan Tetap Tanpa Usaha
“Mana-mana syarikat jualan langsung yang menjanjikan keuntungan tetap kepada peserta melalui pemberian komisen/bonus tanpa sebarang usaha yang jelas meliputi aktiviti promosi dan penjualan barang atau perkhidmatan adalah bertentangan dengan hukum syarak kerana mengandungi unsur riba”
Masyarakat menganggap skim sebegini seolah-olah duduk sahaja dapat duit. Teknik sebegini digambar oleh sesetengah ahli peserta program MLM untuk memancing peserta-peserta baru.
Realitinya, dalam setiap skim yang dihasilkan oleh mana-mana syarikat pemasaran rangkaian tulin, ia tetap memerlukan usaha. Saya rasa berbangga bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan berjaya merungkai perkara ini. Ia membezakan antara skim cepat kaya dan skim pemasaran rangkaian (MLM) yang tulin.
Sistem yang dihasilkan oleh syarikat adalah hanya alat atau sistem untuk memudahkan kejayaan peserta-pesertanya. Kemudahan operasi skim atau cara perjalanan sistem yang direka tidak bermakna semua orang akan berjaya tanpa berusaha. Sedikit atau banyaknya usaha peserta yang akan menentukan kejayaan kewangan mereka.
Bagi mereka yang mengusahakan program yang tulin sebegini, mereka akan tahu bahawa ia tidak semudah yang digambarkan. Membina rangkaian sehingga beribu-ribu orang ke aras yang terkebawah memerlukan usaha luarbiasa. Jika peserta tidak belajar, tidak kreatif membina rangkaian, mereka tidak akan mendapat pulangan yang lumayan.
Seperkara yang perlu diperhatikan bahawa kata-kata bahawa “siapa masuk dulu dia kaya” terpakai bagi syarikat yang diragui ketulinan sistemnya. Ini kerana bagi sesebuah syarikat MLM yang tulin, sesiapa sahaja boleh berjaya walaupun dia masuk hari ini. Orang baru (downline) sememangnya boleh mengatasi orang lama (upline) jika dia berusaha lebih.
Di Amway, unsur riba seperti mana yang dilarang tidak terdapat dalam sistemnya kerana ia tetap memerlukan usaha peserta.
Janjinya sangat mudah, seberapa banyak kejayaan yang anda mahu segalanya bergantung kepada diri anda sendiri.
Sementara itu, banyak perkara-perkara lain dalam Garis Panduan adalah berbentuk teknikal yang mana ia diharuskan bagi menepati seruan syariah.
Ia adalah penting, namun boleh ia dilakukan secara berperingkat dan saya fikir masyarakat tidak. Mendesak tentang perkara ini jika syarikat sentiasa berusaha untuk memenuhinya dari masa ke semasa sebagai aktiviti penambahbaikan selaras syariah.
Dalam mendepani persoalan ini, apa yang penting adalah samada sesuatu program itu akan memudaratkan peserta atau memakmurkan mereka. Jika ia memudaratkan peserta maka ia sah dilarang dalam Islam. Amwag MLM Ikut Syariah
Sebagai penutup, setelah bersama Amway saya mendapati beberapa fakta yang mengejutkan mengenai ketulinan perniagaan MLM Amway. Antaranya adalah seperti berikut:
- Lesen Akta Jualan Langsung (AJL) dilluluskan oleh pihak berkuasa untuk Amway. adalah untuk selama 10 tahun berbanding syarikat lain yang 1, 3 hingga 5 tahun. Kerajaan amat mempercayai ketulinan bisnes Amway!
Saham syarikat Amway banyak dibeli dan dipegang oleh badan pelaburan kerajaan seperti KWSP, Tabung Haji dan lain-lain lagi. Jika anda mempunyai akaun di KWSP atau Tabung Haji, bermakna anda telah lama menerima faedah dari Amway!
- Saham syarikat Amway di Bursa Malaysia adalah dikategorikan sebagai “Patuh Syariah”. Jelasnya ia tiada masalah hukum syariah.